Sawadee Kap, Phuket Bike Week 2016!

PBW 2016 bakal berlangsung pada 8-10 April di Patong Beach dan 15-16 April di Phuket Town. 

Coretan: Trade My Superbike

PhuketBikeWeek_2016

Kalau nak cukupkan syarat sebagai bikers di Malaysia, adalah wajib bagi seseorang biker untuk naik ke Thailand. Paling kurang pun lintas sempadan ke pekan-pekan Siam yang berhampiran seperti Dannok, Sg. Golok, Padang Besar dan Betong. Bila dan pandai lintas sempadan dan dah terjerat dengan ramah mesra kawan-kawan kita di seberang sempadan, sudah pasti seseorang bikers itu akan ingin menjelajah lebih jauh ke utara Thiland.

Antara destinasi jarak sederhana paling popular adalah Krabi, Koh Samui, Koh Lanta, Koh Lipe dan terutama sekali Phuket. Bagi yang bercitat-cita untuk ke Phuket, bulan April ini bersamaan Phuket Bike Week 2016 adalah masa yang paling sesuai. Acara Phuket Bike Week merupakan pengasas kepada segala bike week yang kita lihat sekarang. Tahun in merupakan tahun ke-22 Phuket Bike Week dianjurkan dan seperti tahun-tahun sebelum ini sudah pasti PBW 2016 akan meriah.

Penganjur Phuket Bike baru-baru ini telah mangadakan siding akhbar di Berjaya Times Square Hotel bersama-sama wakil media dan kelab motorsikal. Wittaya Sumon Singkalah atau lebih dikenali sebagai Sumon Ride Thailand bersama-sama Pengarah Tourism Authority of Thailand Ahman Mad-adam telah memberi penerangang mengenai acara tahun ini.

Berikut adalah isu utama yang dibincangkan semasa sesi soal jawab tersebut:

1. Kenapa Phuket Bike Week telah dipecahkan kepada dua hujung minggu dan apakah beza kedua-dua acara tersebut?

Sumon:

PBW telah mula dianjurkan pada dua hujung minggu sejak dua tahun yang lepas. Ini adalah untuk memberikan masa kepada masyarakat tempatan menghayati sambutan Songkran bersama kaum keluarga. Selain daripada itu, lebih 50,000 pelancong akan tiba ke Phuket dalam tempoh tersebut dan aktiviti yang tersebar di antara dua hujung minggu in akan memberi peluang kepada mereka untuk megikuti pelbagai aktiviti yang tersedia.

Pada 8-10 April, Phuket Bike Week lebih bertumpu kepada bikers yang akan datang daripada pelbagai negara, khususnya Malaysia, Singapura and Indonesia. Aktiviti-aktiviti lebih tertumpu ke persisiran Patong Beach. Majlis makan malam “Grand Dinner” juga akan diadakan pada hujung minggu yang pertama.

Manakala aktiviti hujung minggu yang kedua lebih kepada bikers-bikers dan juga masyarakat tempatan. Walaubagaimanapun, kami tetap mangalu-alukan kehadiran bikers untuk kedua-dua acara ini. Lebih ramai, lagi meriah.

2. Apa cerita undang-undang baru bagi kenderaan asing untuk melepasi sempadan Thailand? 

Ahman:

Peraturan yang baru diperkenalkan iaitu sesebuah kenderaan asing harus mendaftar 10 hari sebelum memasuki Thailand lebih tertumpu kepada sempadan utara Thailand. Bagi kenderaan yang masuk melalui sempadan Malaysia-Thailand tiada sebarang halangan sebegitu. Lesen memandu Malaysia dan Singapura juga sah digunakan untuk perjalanan ke Phuket.

Tetapi saya pasti jumlah kenderaan yang bakal melintasi sempadan-sempadan ini pada musim Songkran memang luarbiasa. Saya saran supaya bikers agar merancang masa perjalanan supaya tidak tersangkut di sempadan.

3. Apa nasihat buat biker yang bakal ke Phuket April ini?

Sumon: 

Saya harap semua bikers akan bersedia, fizikal and motorsikal. Bikers juga harus memberi perhatian di sesetengah kawasan yang diiktiraf sebagai Royal Retreat atau kawasan rehat di Raja seperti Hua Hin. Peraturan di kawasan sebegini akan berbeza daripada kawasan yang lain di Thailand dan motosikal yang mengeluarkan bunyi yang kuat akan ditahan kerana melebihi 80 desibel yang dibenarkan.

Kami sebagai pengajur akan bersedia untuk membantu bikers yang menuju ke Phuket Bike Week. Tetapi saya amat berharap supaya semua biker berhati-hati kerana insurans yang dibeli di sempadan mempunyai liputan yang amat terhad. Insurans yang lebih comprehensive ada ditawarkan pada harga lebih kurang seribu ringgit setahun. Jika wujud sebarang pertanyaan mengenai undang-undang dan sebagainya para biker boleh menghubungi pejabat Tourism Authority of Thailand di Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut mengenai Phuket Bike Week layari www.phuketbikeweek.com

PhuketBikeWeek_2016_photo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s