Africa Twin 2016 tiba di MSC

Sebelum wujudnya klasifikasi ADV ataupun adventure bike masakini, motosikal Dual Purpose (DP) menjadi senjata kegemaran penunggang yang mahukan kebolehan di atas jalanraya dan juga off-road. Pada lewat tahun 80-an Honda telah melancarkan model Africa Twin 650. Model 650 tersebut telah digantikan oleh model 750 setelah hanya 2 tahun berada di pasaran. Model Africa Twin 750 yang dilancarkan pada 1989 terus dipasarkan sehingga tahun 2003.

unspecified

Africa Twin cukup terkenal pada awal 90-an kerana ia berjaya memenangi perlumbaan lasak Paris Dakar Rally sebanyak 4 kali. Ia merupakan suatu status yang cukup disanjungi di antara peminat motosikal Dual-Purpose. Antara pesaing Africa Twin pada masa itu adalah BMW GS dan juga Yamaha Super Tenere. Selepas ketiadaan model Africa Twin untuk sekian lama, BMW dan KTM telah menjadi pemain utama kategori Dual-Purpose atau kini dikenali sebagai kategori ADV.

Honda Africa Twin kini kembali untuk menggegarkan dominasi motosikal ADV yang besar dan berat seperti GS dan Multistrada. Motosikal ADV lebih tertumpu kepada aplikasi di atas jalanraya sementara motosikal seumpama Afrika Twin ini lebih kepada keperluan di mana-mana sahaja khususnya off-road. Antara ciri-ciri utama model 2016 in adalah, enjin 1000cc parallel-twin yang menghasilkan 95 kuasa kuda, ABS yang boleh dipadamkan untuk pada brek belakang, ketinggian seat 34 inci yang boleh dilaras, aerodinamik yang lebih baik dan berat tidak melebihi 220kg.

Sejarah model Africa Twin juga agak unik, pada awal 1990-an model Afrika Twin telah diimport oleh Motorcycle Sales Center yang terletak di perkarangan bulatan Rothmans yang cukup terkenal. Lebih kurang tiga puluh buah Africa Twin model awal telah berjaya di jual pada masa itu dan sekali lagi Motorcycle Sales Center telah menjadi pengimport untuk model terbaru ini. 10 unit yang pertama kini berada di dalam bilik pameran MSC dan dijangka lebih banyak lagi unit yang akan tiba memandangkan sambutan yang agak baik.

Harga jualan Honda Afrika Twin 2016 ini adalah di antara RM110,000.00 RM115,000.00 dan MSC juga mempunyai segala kelengkapan untuk menyelenggara model ini. Segala urusan kewangan juga boleh diatur oleh pihak MSC. Walaupun bulatan Rothmans tiada lagi, MSC masih berada di lokasi yang sama.

Untuk maklumat lanjut sila kunjung bilik pameran MSC segera:

MOTORCYCLE SALES CENTRE
CORPORATION SDN. BHD (NO. 675594)

1,2,3, Lorong Universiti C,
Section 16,
46350 Petaling Jaya,
Selangor D.E. Malaysia.
Office Phone : 03 -79688333
Fax : 03-79688331
Email : mscsuperbike@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s