KTM 1050 – Kembara Tanpa Masalah

Model KTM 1050 Adventure telah mula dijual semasa MotoGP tahun lepas. Kelompok pertama yang terdiri daripada lebih kurang 30 unit disapu habis sebelum pelancaran rasmi model tersebut. Beberapa minggu lepas model ini telah dilancarkan secara rasmi dan TMSBK diberi peluang untuk mencuba motorsikal Adventure buatan KTM ini.

IMG_0874

Model-model KTM Adventure memang mengelirukan sedikit, terdapat empat variasi yang berbeza iaitu 990, 1050, 1190 dan 1290. Model yang pertama ialah 990 yang telah dihasilkan di antara tahun 2006 ke 2013, ianya diganti oleh model  1190 yang masih dihasilkan sehingga hari ini. 1290 pula merupakan model Adventure yang mempunyai kelengkapan dan spesifikasi yang paling tinggi dan ianya baru  dilancarkan pada tahun lepas.

Model 1050 adalah model perantaraan yang di hasilkan untuk memenuhi keperluan peminat ADV pada harga yang lebih menarik dan juga untuk memenuhi syarat cukai di beberapa negara yang merupakan pasaran utama motorsikal KTM.

IMG_0875

Enjin 1050 sebenarnya adalah enjin 1190 yang telah di ubahsuai. Enjin 1050 ini menghasilkan 95hp manakala 1190 pula menghasilkan 150hp. Beza kuasa kuda ini hanya boleh dirasai pada kelajuan yang tinggi sahaja, pada tahap rev yang tidak melebihi 6000rpm kedua-dua enjin ini mempunyai perlakuan yang hampir serupa. Kami sangka kalau ada yang pandai mengodam ECU 1050, bacaan dyno pasti boleh dilaras naik. Tapi ingat, warranti anda akan dikira tidak sah sekiranya ECU telah digodam.

Seperti motorsikal ADV yang lain KTM 1050 ini mempunyai posisi duduk yang tinggi tetapi tahap ketinggian ini boleh dilaras pada suspension hadapan dan belakang. Walaupun ia tampak tinggi dan besar, KTM 1050 jauh lebih ringan daripada ADV lain yang setaraf dengannya. Berat kering KTM 1050 ini adalah hanya 212kg sahaja. Kelebihan ini menyebabkan KTM 1050 ini lebih senang untuk dikemudi dan sesuai untuk tunggangan off-road mengunakan tayar ‘knobbies’ yang sesuai.

Unit yang kami dapat kami uji telah dilengkapkan dengan pannier ataupun kotak muatan sisi. Kotak yang bersaiz besar ini dihasilkan dengan kerjasama di antara KTM dan GIVI. Penunggang harus sentiasa beringat akan ukuran lebar pannier ini. Walaupun handle boleh lepas, pannier ini masih boleh tersangkut kerana ianya lebih kurang 2 inci lebih lebar daripada handle di setiap sisi. Memang payah sedikit semasa mencelah di dalam keadaan trafik jam atau perlahan.

KTM 1050 ini juga dilengkapkan dengan system brek ABS dan juga traction control sebagai ciri keselamatan. Penuggang juga boleh memilih di antara 3 ride mode iaitu Street, Sport dan Rain. Suspension WP hadapan dan belakang juga menjanjikan tahap keselesaaan tunggangan yang cukup baik.  Tangki petrol KTM 1050 ini boleh menampung sebanyak 23liter bahan api dan boleh mencecah jarak hampir 400km dengan satu isian penuh.

Kami juga sempat membawa unit ujian ini ke litar off –road Most Fun Gym (MFG), tayar jalanraya standard pada unit ujian ini jelas tidak sesuai untuk keadaan permukaan litar yang agak licin pada hari itu. Tetapi kami masih dapat menempuhi litar itu pada kelajuan yang rendah.

Akhir kata, kami memang kagum akan prestasi KTM 1050 ini dan kami pasti ia adalah pilihan yang cukup baik jika anda inginkan sebuah motorsikal yang mampu melaksanakan pelbagai tugas. Yang lebih menarik adalah harga jualan model ini, KTM 1050 ini dijual pada harga RM68,800.00. Jika kita campurkan insurans, cukai jalan dan sebagainya, harga OTR KTM ini tidak lebih RM75,000.00. Kalau nak test-ride kami sarankan supaya bawa buku cek sekali, sekali cuba pasti jatuh cinta.

Description-reference

Untuk maklumat lanjut, hubungi pengedar sah KTM.
Sila klik http://on.fb.me/1Qaw25U

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s