KHAIRUL IDHAM BERI SOKONGAN KEPADA ADIK DI TELUK INTAN

Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menggunakan cuti rehat saingan Grand Prix Dunia (MotoGP) untuk melatih adiknya, Anuar Ibrahim Pawi sebagai persediaan bagi menghadapi perlumbaan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Teluk Intan pada 30 dan 31 Julai ini.

kipnannuar-02

Pulang dengan rekod kemenangan kedua saingan Moto3 di Jerman, Khairul meluangkan masa menjalani latihan di litar bersama Anuar. “Ketika kebanyakan rakan-rakan saya berehat seketika dari perlumbaan, saya memilih untuk terus bekerja keras bersama-sama adik saya. Dia menunjukkan keupayaan untuk berada di atas podium namun perlu lebih konsisten. Di samping melatih dia, saya juga dapat menggunakan peluang ini untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal saya,” jelas Khairul yang memegang rekod sebagai pelumba pertama negara yang berjaya menjuarai perlumbaan di MotoGP.

Anuar, 16 tahun turut mengikut jejak langkah Khairul apabila kini beraksi dalam kategori Wira bersama pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, pasukan yang membantu mengembangkan bakat Khairul di pentas perlumbaan tempatan sehingga ke peringkat antarabangsa pada hari ini. Selepas empat pusingan, Anuar berada di kedudukan ke-13 namun berjaya meraih kedudukan podium pada perlumbaan pusingan kedua di Batu Kawan, April lepas.

“Memandangkan perlumbaan minggu ini berlangsung ketika saya sedang bercuti, saya mengambil keputusan untuk memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada Anuar. Saya juga rindukan ikatan kekeluargaan di Cub Prix dan pada masa sama juga gembira untuk bertemu dengan peminat di Perak. Perlumbaan minggu ini berlangsung tidak jauh dari rumah saya, boleh dikatakan Teluk Intan ini merupakan halaman kami sendiri,” rumus Khairul.

kipnannuar-01

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s