Hodaka Motoworld memperkenalkan helmet modular Scorpion

FullSizeRender

Pengimport dan pengedar kelengkapan motosikal berkuasa tinggi Hodaka Motoworld telah mempamerkan model helmet modular Scorpion terbaru iaitu Scorpion ADX1 atau dikenali sebagai EXO-AT950 di Eropah, prebiu tersebut berlangsung semasa Promosi Raya Sunny Cycle di jalan Pahang baru-baru ini.

Helmet modular sememangnya popular di kalangan penunggang motosikal ADV ataupun adventure bike. Ia mempunyai rupa bentuk helmet fullface tetapi bahagian dagu atau chin-bar helmet ini boleh dibuka. Ciri ini memudahkan penunggang menegup air ketika menuggang ataupun membuat identifikasi muka di imigresen sempadan tanpa membuka helmet.

Secara kebiasaannya helmet modular akan menjadi lebih berat disebabkan mekanisma pembukaan chin-bar tetapi helmet EXO-AT950 ini hanya seberat 1450g. Ini sama berat jika dibandingkan dengan kebanyakan helmet fullface mid-range ke atas.

Beberapa pilihan warna akan di bawa masuk oleh Hodaka Motoworld untuk memenuhi citarasa pemilik ADV tempatan. Harga pengenalan model ini telah ditetapkan pada RM1350sebelum GST. Stok helmet ini dijangka akan tiba pada bulan November ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s