Bawa apa dalam tong? KTM Adventure 1050 di lengkapi Trekker Case.

2016-08-11 16.24.47

Baru-baru ini saya diberi peluang untuk menunggang KTM Adventure 1050. Sebaik sahaja diberitahu bahawa unit ujian tersebut mempunyai ‘side-box’ atau kotak sisi, saya meminta izin untuk menyeberangi sempadan Thailand. Destinasi saya, Koh Lanta iaitu sebuah pulau yang terletak lebih kurang 50km dari Krabi.

Kedua-dua kotak sisi yang dipasang pada 1050 Adventure tersebut adalah jenis Trekker Case yang direka khas untuk KTM Adventure. Kotak sebelah kiri mempunyai kapasiti 48L manakala kotak sebelah kanan mempunyai kapasiti 37L (kecil sedikit untuk memberi ruang kepada ekzos). Bagi keperluan saya sebelah pun sudah memadai.

Ini senarai barangan yang telah saya isi di dalam kedua- dua box tersebut:

Kiri (47L)

  1. Beg galas berisi komputer riba dan kamera SLR
  2. Tyre repair kit (set cacing)
  3. Pouch bag berisi dokumen perjalanan dan pengenalan diri
  4. Ruang kosong untuk meletakkan helmet, sarung tangan dan sebotol air 1.5liter

“Masih ada ruang kosong lagi untuk meletakkan sinki dapur”

2016-08-12 10.28.40

Kanan (38L)

  1. Beg berisi pakaian untuk 2 hari
  2. Beg kasut sukan dan selipar pantai
  3. Baju dan seluar hujan
  4. Bungee cord

2016-08-12 10.29.19

Saya terpaksa sentiasa beringat semasa melalui jalan sesak atau laluan sempit kerana side-box ini lebih lebar daripada handle-bar KTM 1050 Adventure ini. Kebiasaannya apabila handle melepasi ruang laluan sempit maka seluruh motosikal boleh lepas, tetapi dengan side-box jenis Trekker akan pasti berlaga dengan kenderaan atau objek di sisi laluan. Ada beberapa kali kotak sisi ini nyaris terlanggar kereta apabila mencelah semasa keadaan trafik yang sesak.

Kelebihan ruang kargo yang sebesar ini boleh dirasai semasa behenti berehat di R&R ataupun di stesen petrol. Kalau menunggang secara berkumpulan biasanya kita boleh meletakkan helmet di atas motosikal kerana ada teman yang boleh menjaga, kalau menuggang solo terpaksalah kita membawa helmet sekali. Dengan adanya ruang sebesar side-box Trekker ini saya meletakkan helmet, sarung tangan dan balaclava di dalam kotak dan pergi ke tandas atau berehat dengan selesa.

Walaubagaimanpun pada pendapat saya, side box Trekker ini terlalu besar untuk keperluan saya. Sebuah ‘top-box’ sudah cukup untuk memikul barangan keperluan perjalanan saya. Namun bagi mereka yang membawa pillion atau pembonceng, kotak sisi sebesar memang sesuai. Kalau pandai mengatur barang boleh ‘tapau’ durian lagi.

2016-08-11 13.24.19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s