KL BIKE WEEK 2016 – Penutup Tirai Hujung Tahun Terbaik.

img_4087Dua minggu telah berlalu sejak kita telah bersama-sama mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2016. Bermacam- macam aktiviti telah kita saksikan bersama sepanjang tahun lepas dan kita nantikan acara-acara yang akan bakal berlangsung tahun ini.
TMSBK mengambil peluang ini untuk mengimbas kembali KL Bike Week yang telah berlangsung pada 16 dah 17 Disember lalu. Hasil usaha teman-teman bikers kita daripada Red Garage, KL Bike Week kini menjadi bike week yang dinantikankan sepanjang tahun.

img_4096
KL Bike Week 2016 bertempat di Lanai Matic di pusat bandaraya Kuala Lumpur merupakan tarikan musim cuti hujung tahun bukan sahaja kepada bikers malah kepada pelancung dari serata dunia. Bikers dan pengunjung lain berpeluang melihat sendiri hasil kerja kustom dan modifikasi motosikal tanahair di samping menikmati makanan dan minuman tempatan di gerai-gerai yang tersedia.


Pertunjukkan stunt riding oleh penunggang stunt wanita iaitu Christina Lee adalah antara tarikan baru dan istimewa buat pengunjung ke KL Bike Week 2016. Konsert bertemakan rock dan blues menjadi penghibur para bikes dan pengunjung lain dari awal tengahari ke lewat malam.


Kelab-kelab motosikal juga mengambil peluang ini untuk mengadakan perjumpaan dan aktiviti ride masing-masing. KL Bike Week juga telah manjadi tumpuan para peniaga peralatan, aksesori serta kelengkapan penunggang motosikal untuk menganjurkan jualan prnghujung tahun. Sambutan daripada para peminat juga tidak kurang hebatnya juga.
Syabas kami ucapkan kepada rakan-rakan daripada Red Garage dan juga para penganjur serta krew masing-masing diatas kejayaan KL Bike Week 2016. Kita jumpa lagi hujung tahun ini.

img_4110

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s