Welly Advance Bikers, Back To Nature Ride 2017.

Kuala Tahan, Taman Negara 14 & 15 Januari 2017.

Ride pertama 2017 iaitu “Back to Nature – Taman Negara” telah dianjurkan oleh Welly Advance Bikers, Batu Caves pada 14&15hb Januari lalu. Apabila pengumuman mengenai konvoi tersebut dibuat oleh Alfred, Pengurus Pemasaran Welly Advance Bikers, 30 slot berjaya diisi dalam masa yang beberapa hari sahaja. Para pelanggan Welly Advance Bikers memang teruja untuk memulakan tahun 2017 dengan aktiviti ride.

img_4311

Destinasi kali ini adalah Kuala Tahan yang merupakan salah satu ‘entry-point’ ke Taman Negara melalui Kuala Tembeling. Lebih separuh daripada 30 perserta telah mendaftarkan diri bersama-sama isteri masing-masing, dan lebih separuh daripada peserta terdiri daripada pemilik Kawasaki GTR1400. Saya sebagai wakil daripada TradeMySuperBike.Com juga di jemput untuk turut menyertai ride tersebut.

Para bikers telah berkumpul pada pukul 8pagi hari Sabtu itu untuk sarapan ringan dan juga taklimat daripada ‘ride-leader’ dan ‘guide’ kami iaitu abang Fazli Othman. Kami diberitahu bahawa ride pagi tersebut berupa ‘free-ride’ dan bukan konvoi beriringan. Setelah mendengar taklimat tersebut semua peserta memulakan perjalanan sejauh 220km itu pada pukul 9.15 pagi.

img_4319

Kami membuat hentian rehat pertama selepas Plaza Tol Bentong dan perjalanan diteruskan selepas itu sehingga Petron berhampiran Jerantut, Pahang. Selepas mengisi tangki masing-masing dan berehat seketika, konvoi berlepas menuju ke Kuala Tahan.

Sesampai sahaja di muara sungai Tembeling peserta ride dibawa untuk menjamu selera di salah sebuah restoran terapung. Peserta yang telah membuat tempahan awal sempat merasa ikan Kelah yang cukup terkenal di kawasan tersebut. Ikan ini mampu memcecah harga RM200.00 sekilo dan ianya adalah spesis terkawal di kebanyakan kawasan Sungai Tahan.

Sesudah mengisi perut, kami di bawa ke Xcape Resort untuk mendaftar masuk ke chalet masing-masing. Ketika itu, jam tepat 2.00petang dan kami dinasihatkan untuk datang kembali ke lobby untuk aktiviti ‘outdoor’ yang merangkumi lawatan ke sanktuari ikan Kelah Sg. Tahan.

Kami menaiki bot untuk perjalanan hampir 45minit untuk aktiviti mandi sungai dan santai rehat di tepi sungai. Sejurus selapas itu kami di bawa ke santuari Kelah di mana para perserta dapat melihat sendiri kawasan pembiakan semulajadi ikan Kelah. Ikan yang selalunya berenang merentangi arus kini adalah spesis terkawal kerana populasi yang semakin merosot. Ikan Kelah yang di ternak dan ikan yang membesar secara semulajadi memang dikatakan jauh berbeza dari segi saiz dan rasa isinya.

Selepas puas beriadah kami manaiki bot pulang ke Kuala Tembeling untuk bersiap makan malam pula. Juadah makan malam di hotel pun boleh tahan juga. Istimewa malam tersebut adalah gulai ikan Patin. Sejurus selepas makan malam kami menuju ke dewan am Xcape Resort yang telah diubahsuai sebagai bilik karaoke khas untuk kami. Hiburan malam itu terdiri daripada lagu- lagu yang cukup popular, daripada pop ke dangdut, semuanya ada. Jam 12 malam, sesi hiburan telah berakhir dan para peserta masuk tidur sebelum perjalanan pulang keesokan hari.

Pagi Ahad, kami disajikan sarapan oleh pihak resort dan selepas itu kami bersiap sedia untuk perjalanan pulang ke destinasi masing-masing. Welly Advance Bikers ‘Back to Nature Ride’ telah diakhiri dengan sesi bergambar di perkarangan Xcape Resort. Kami bertolak pada pukul 10pagi dan kesemua peserta selamat sampai ke destinasi masing-masing lebih kurang pukul 2 tengahari.

img_4497

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Welly Advance Bikers, terutama sekali kepada Dato’ Chester, Alfred, abang Fazli dan krew, Nick Yan, pihak Xcape Resort, guide riadah dan juga kawan-kawan biker yang menyertai Welly Advance Bikers, Back to Nature – Taman Negara ride. Semoga berjumpa di aktiviti yang bakal diadakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s