Kembara SYM Merentasi 6 Sempadan Bersama Keluarga.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Memang sudah biasa kita dengar akan cerita jelajah merentasi sempadan, bukan satu tetapi beberapa sempadan. Biasanya jelajah seperti ini dilakukan secara solo, berpasangan atau berkumpulan. Lain sedikit pula cerita Rusli Osman dan isteri beliau Yong Suzi yang menjelajahi 6 sempadan bersama-sama anak perempuan mereka, Yong Sofea.
Rusli menunggang SYM Sports Rider 125i manakala isterinya menunggang skuter SYM VTS 200 dan perjalanan mereka sekeluarga meliputi lebih 6000km dalam masa enam belas hari.
Saudara Rusli berbesar hati untuk berkongsi pengalaman serta beberapa panduan sepanjang perjalanan beliau bersama isteri dan anak merentasi enam sempadan Indochina kepada mereka yang berminat dalam jelajah seperti itu. Dalam temu bual, Rusli dan keluarganya juga berkongsi cabaran yang dihadapi, kejadian misteri, serta pengalaman mereka dengan menggunakan SYM Sport Rider 125i dan VTS200 sebagai pengangkutan utama dalam perjalanan mereka.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Kembara Tiga Sekeluarga.
Misi Rusli sekeluarga telah bermula dari Ibu Pejabat SYM di Pulau Pinang, mereka menuju terus ke sempadan Thailand di Bukit Kayu Hitam. Sepanjang pejalanan, lokasi menarik termasuk Hua Hin Teluk Siam, Pattaya, Koh Khong Phnom Penh di Kemboja, Moc Bai di sempadan Vietnam, Siem Reap melalui Wats Kemboja, Udonthani, Kho Kao, Myawaddy di Myanmar dan Kanchanaburi dimana tempat Festival Durian yang terkenal diadakan setiap tahun.
Apabila ditanya mengenai perkara yang menarik berlaku sepanjang perjalanan mereka, mereka menceritakan mengenai tempat yang dipanggil graviti-ingkar di Mae Sot Thailand yang juga dikenali sebagai Magic Hill, perkara yang berlaku disini ialah kenderaan berupaya untuk bergerak dengan sendirinya tanpa enjin dihidupkan. Dikatakan hal ini terjadi disebabkan oleh medan elektromagnet di bahagian atas gunung.
“Tempat yang paling mencabar sepanjang perjalanan adalah Kemboja disebabkan oleh hakikat bahawa mereka memandu di sebelah kanan, jadi bersedia untuk itu!” Rusli memberi amaran.
“Lalu lintas sesak di bahagian tertentu Thailand berikutan peningkatan pengguna jalan raya dan beberapa jalanraya yang tidak berturap juga menjadi cabaran. Kami menunggang hampir 200km di atas jalan tidak berturap. Namun kami dapat melaluinya, dan berpuas hati dengan Sport Rider 125i dan VTS200, “kata Rusli

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

PANDUAN:
Ketika ditanya mengenai panduan bagi keluarga yang mungkin berminat untuk merancang perjalanan yang sama, nasihat pertama dan utama Rusli adalah untuk membuat persediaan dari segi fizikal dan mental. Penunggang haruslah membawa barangan keperluan termasuk makanan, minuman, ubat-ubatan dan beberapa helai pakaian sebagai persediaan jika berlaku seberang kecemasan. Barangan keperluan ini boleh disimpan di kotak bagasi seperti Coocase.
“Kami mencuci pakaian di tempat penginapan menggunakan perkhidmatan kedai dobi. Jadi, kami membawa pakaian yang sedikit sahaja. Kami sering membeli barang keperluan harian di Tesco Lotus atau 7-Eleven sepanjang pengembaraan kami di sana”, ujar Rusli.
Untuk mendapatkan laluan yang betul, Rusli menasihatkan penunggang supaya menggunakan sistem GPS yang boleh dipercayai seperti Google Maps. Selain itu jaket menunggang, sarung tangan, topi keledar, kasut but dan peralatan menunggang yang lain juga diperlukan untuk keselamatan tambahan. Untuk pengetahuan anda, keadaan jalan yang berdebu di Kemboja menyarankan anda untuk menggunakan penutup mulut dan hidung. Jadi, sila dapatkannya dari kedai aksesori motosikal tempatan untuk kesediaan. Telefon bimbit yang digunakan sebagai GPS akan melemahkan kuasa bateri. Lantaran itu, anda hendaklah membawa powerbank bersama tetapi jika kehabisan kuasa, Socket Neo pada SYM VTS200 ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ini.
Dari segi penginapan dan makanan, Rusli mencadangkan supaya membuat pra-tempahan, atau jika secara adhoc penunggang mestilah berhenti sebelum langit menjadi gelap, dan mencari hotel berhampiran. Untuk makanan halal, beliau menasihatkan penunggang mencarinya di kedai runcit tempatan dan restoran Muslim yang berada di sepanjang jalan.
Penunggang diingatkan supaya menggunakan LED siang sepanjang tempoh pemanduan dan lampu kecemasan apabila berhenti di bahu jalan untuk menyemak arahan GPS atau menggunakan telefon bimbit. “Lampu depan yang cerah dan LED dan isyarat lampu belakang pada motosikal kami adalah Euro 4 pematuhan dan pasti memberi kami lebih keyakinan apabila perlu untuk memberi isyarat untuk menghidupkan atau untuk berhenti dan menunggang pada waktu malam. Sila pastikan lampu motosikal terang bagi perjalanan malam yang tidak pernah dilalui.” katanya lagi.
“Di penghujung perjalanan pabila kami pulang ke rumah, saya bersyukur kerana telah selamat sampai di rumah, tetapi saya juga berfikir bahawa SYM Sport Rider 125i dan VTS200 adalah motosikal yang berpotensi tinggi dan tahan lasak. Justeru, saya bersyukur dan pasti akan mengesyorkan kepada orang ramai untuk mencuba jika mereka sukakan cabaran, dan untuk memilih kenderaan yang boleh dipercayai. Saya pasti akan mengesyorkan SYM Sport Rider 125i 9.5 kuasa kuda dua injap enjin SOHC yang lebih berkuasa untuk kuasa tambahan, kelajuan dan jarak. “jelas Rusli.

route-map

Jadual perjalanan kembara Rusli sekeluarga.
Perjalanan telah bermula Isnin 28 Nov 2016 sehingga 14hb Dis 2016.

6-borders-ride-cover

1. Bukit Mertajam ke Khuan Khanun
Perjalanan bermula dari ibu pejabat SYM dan terus menuju ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Perjalanan kami terhenti di Sungai Dua kerana tayar hadapan motor isteri saya tertusuk paku. Selepas tayar ditampal, kami meneruskan perjalanan ke sempadan.
Setelah selesai semua urusan, kami menjamu makanan tengahari di kedai Beef Soup yang terletak di Pekan Sadao. Seterusnya, kami melalui Hatyai ke Patthalung dan berhenti di Khuan Khanun.
Jarak perjalanan: 365km

2. Khuan Kanun ke Hua Hin
Kami bergerak pada awal pagi yang dingin dengan cuaca yang redup sepanjang jalan sehingga ke mercu tanda Prachuap iatu replika Burung Jentayu. Tibanya kami di Hua Hin, kami melawat Rajabhakti Monument dan menikmati Nasi Beriani yang terkenal di Hua Hin Night Market.
Jarak perjalanan: 653km

3. Hua Hin ke Pattaya melalui Cha Am Beach
Kami singgah di Mae Khlong Railway Market di mana kami tiba tepat pada masanya kerana selepas lima minit sahaja, keretapi pun berlalu. Oleh sebab itu, kami sempat bergambar dan merakam video di situ. Seterusnya kami ke Pelabuhan Phra Kradeng untuk menaiki feri melintasi Sungai Chao Phraya kerana motosikal di larang menggunakan jambatan untuk ke seberang dan kami terus ke Pattaya melalui Chon Buri.
Jarak perjalanan: 345km

4. Pattaya ke Koh Khong (Cambodia) melalui Rayong , Trat bersebelahan laut dengan angin yang kuat sehingga ke Ban Hat Lek Border. Kami menghadapi kesukaran untuk melepasi sempadan kerana masalah komunikasi. Ia mengambil masa hampir dua jam untuk selesai dan kami terus ke Pekan Koh Khong untuk bermalam.
Jarak perjalanan: 345km

5. Koh Khong ke Phnom Penh melalui jalan berbukit yang tinggi dan sunyi. Penunggang harus berhati-hati kerana arus jalanraya songsang serta jalan banyak lubang yang sebesar kawah sehingga ke Sihaknoukville.
Dari sini menuju ke Phnom Penh, penunggang perlu lebih berhati-hati dengan kenderaan lain kerana di sini kebanyakkan lori yang dipandu laju dan cara pemanduan mereka agak berbahaya. Hadlaju hanya 40km/h sahaja di bandar Phnom Penh.
Kami melawat Independant Monument , River Front Mekong dan menjamu selera di Restoran Gulai yang dimiliki orang Malaysia.
Jarak perjalanan: 298km

6. Phnom Penh ke Ba Vet /Moc Bai Vietnam Border ke Kampong Cham. Kami keluar awal pagi untuk mengelak jalan sesak menuju ke Jambatan Neuk Leoung untuk melintasi Sungai Mekong dan ke sempadan Vietnam.
Selepas bergambar kami telah mengambil Route 319 dari Svay Rieng untuk ke Kamchay Mier sejauh 82km melalui jalan tidak berturap yang dipenuhi batu, tanah merah, lumpur, debu dan lubang. Kami mengambil masa hampir tiga jam untuk melepasi jalan 319 dan memasuki jalan tar semula ke Kampong Cham.
Jarak perjalanan: 318km

7. Kampong Cham ke Siem Reap City ke Ou Smach. Jalan yang agak teruk dari Kampong Cham ke Kampong Thom. Selepas Skun keadaan jalan pulih dan lurus sepanjang hampir 200km. Pemandangan sawah padi kiri dan kanan tanpa bukit, hanya langit dan bumi sahaja sehingga ke Siem Reap city.
Laluan ke Ou Smach agak lengang dan kenderaan terlalu laju di kawasan itu sehingga menuju ke Ou Smach.
Jarak perjalanan: 488km

8. Ou Smach (Sempadan Thai) ke Udonthani melalui beberapa wilayah-wilayah seperti Surin, Buriram, Roi Et, Kalasin, Khon Kean dan lain-lain melalui kawasan berbukit hingga ke Udonthani.
Jarak perjalanan: 461km

9. Udonthani ke Nong Khai (Sempadan Thai-Laos) ke Loei ke Petchabun Tub Berk. Menuju ke sempadan Laos bersebelahan Sungai Mekong dan melalui Loei untuk ke Route 12 dan ke pergunungan Tub Berk. Menyusuri jalan berliku liku mendaki bukit yang tinggi dan suhu di bawah 10°C.
Jarak perjalanan: 396km

10. Tub Berk ke Khao Kao ke Maesot selepas subuh mendaki ke Heaven Hill untuk bergambar sambil menikmati matahari terbit dan kesejukan hanyalah di bawah 7°C sahaja. Turun bukit dan melalui R12 untuk ke Khao Kao, tempat terkenal di kalangan bikers. Singgah di Kaeong Song Waterfall dan ke Phitsanulok dan Tak.
Jalan antara Tak ke Maesot hanya 67km tapi kerana jalan yang sedang dinaiktaraf dan laluan gunung ganang mengambil masa hampir dua jam untuk tiba.
Jark perjalanan: 419km

11. Mae Sot (Myawaddy Myanmar Border) ke Umphang ke Nakorn Sawan. Menuju ke sempadan Myanmar dan ke Umphang. Kami terpaksa berpatah balik kerana terdapat tanah runtuh. Jalan ditutup untuk semua kenderaan. Melalui Magic Hill seterusnya di mana kenderaan anda akan mendaki dengan sendirinya menaiki bukit. Melalui Kamphang Phet ke Nakorn Sawan.
Jarak perjalanan: 291km

12. N.Sawan ke Kanchanaburi. Melalui Kawasan Chainat untuk menuju ke SuphanBuri. Beberapa jalan yang sedang di naik taraf sebelum sampai di Kanchanaburi. Sugarcane Resort bersebelahan River Kwai menjadi pilihan kami untuk tinggal di sini selama dua hari.
Jarak perjalanan: 309km

13. Kanchanaburi ke SaiYok Tham Krasae ke Kanchanaburi. Kami pilih untuk berehat di sini selama dua malam untuk melawat River Kwai Festival. Bertempat di landasan keretapi maut. Melawat Tham Krasae landasan maut di lereng bukit.
Jarak perjalanan: 72km

14. Kanchanaburi ke Hua Hin ke Chumpon perjalanan untuk pulang ke Malaysia. Keluar sesudah subuh dingin pagi menuju ke Hua Hin untuk makan. Singgah di Swiss Sheep Farm Cha-am bergambar dan tiba di Khun Sarai Chumpon lewat petang.
Jarak perjalanan: 508km

15. Chumpon ke Dannok melalui kawasan yang baru surut banjir di Surathani, Bang Sanphan dan Thung Song. Bermalam di Dannok.
Jarak perjalanan: 553km

16. Dannok ke Bukit Mertajam ibu pejabat SYM.
Jarak perjalanan: 190km

Soal-jawab jelajah.
1. Bilakah motorsikal diselenggara?
Kedua-dua motosikal diselenggara oleh pusat servis SYM di Alma sebelum memulakan perjalanan dan diselenggara semula selepas 2000km iaitu di Phnom Penh dan Nakorn Sawan.
2. Jarak keseluruhan?
Jarak keseluruhan ke 6 sempadan adalah 6011km
3. Bagaimana dengan persiapan dan kebenaran laluan daripada pihak berkuasa negara yang dijelajahi?
Sebulan sebelum memulakan perjalanan kami telah mendapatkan surat sokongan daripada pihak kedutaan yang terlibat dan menyediakan salinan pendaftaraan kenderaan, insurans diri dan motosikal.

4. Apa lagi cabaran yang dihadapi dalam perjalanan?
Cabaran yang paling besar adalah semasa memasuki dan melalui jalanraya di Cambodia. Arus jalan yang songsang (haluan kanan) serta cara pemanduan negara tersebut, kebanyakannya laju dan melawan arus. Jalan berlubang sebesar kawah, berbatu, tanah merah, banyak binatang peliharaan melintas termasuk khinzir.

5. Prestasi motosikal. Apa pandangan anda?
Kuasa 125CC motosikal SYM Sport Rider 125i ini adalah cukup sesuai untuk menunggang seorang atau berdua. Ketika melalui jalan berbatu, tanah merah dan kawasan berbukit, system suspensi motosikal ini banyak memainkan peranan penting untuk menyerap hentakan kuat sepanjang hampir 200km perjalanan.

6. Ada masalah dengan motor SYM?
Sepanjang perjalanan kami tidak mempunyai sebarang masalah dari segi mekanikal dan teknikal, cuma tayar tertusuk paku sekali sahaja sepanjang perjalanan pergi dan balik.

7. Bagaimana dengan penggunaan bahan api?
Dari segi bahan api, kedua-dua motosikal mampu berjalan sejauh 48km ke 52km/liter.

8. Keselesaan menunggang jarak jauh?
Rekaan tempat duduk yang tinggi dan lebar lebih memberikan keselesaan tunggangan untuk masa yang lama dan jarak yang berpanjangan.

9. Apa perasaan dan pendapat anak?
Anak berumur 13 tahun dan masih baru dalam penjelajahan ini, jadi dia cepat letih sedikit, tetapi seronok katanya.

10. Bagaimana dengan isteri pula?
Isteri rasa ok. Dia menunggang motorsikal dengan sendiri. Cuma mengantuk kerana bawa perlahan dan perlu lebih berhati-hati.

11. Tip penginapan?
Panduan penginapan. Berhenti sebelum waktu gelap. Resort penginapan memang sentiasa ada dan mudah di jumpai di tepi jalan.

12. Panduan makanan halal?
Untuk makanan halal kami berhenti beli di 7-Eleven kerana ada makanan halal. Dan juga ada kedai muslim yang selalu menjadi persinggahan setiap kali kami masuk ke Thailand dan paling mudah untuk mendapatkan makanan halal adalah di stesen-stesen keretapi setiap wilayah yang di lalui dan juga di masjid.

13. Khidmat servis motosikal dalam perjalanan
Kami singgah di mana-mana kedai servis motor kerana kami hanya, perlu tukar minyak hitam sahaja. Lagipun saya sendiri mampu memeriksa motor itu jika berlaku masalah kerana kami membawa sendiri peralatan dan alat-alat ganti tulen SYM dan minyak enjin berjenama PJ1 di bawah ruang tempat duduk motor kami.

14. Alatan yang berguna?
Peralatan untuk motor penting untuk dibawa. Selain itu kami memakai jaket, sarung tangan dan, kasut boot dan lain-lain untuk keselamatan semasa menunggang. Jika jalan berhabuk kami memakai penutup muka yang dibeli di kedai aksesori motor. Kami perlu menggunakan aplikasi google maps di telefon bimbit. Apabila bateri telefon habis, maka kami ada bawa alat powerbank untuk caj ke telefon itu.Kami menggunakan kad sim berdaftar negara yang di lalui. Untuk GPS, kami menggunakan Google Maps di telefon bimbit kami.

15. CIRI CIRI ISTIMEWA SPORT RIDER 125i
Penggunaan suntikan bahan api yang lebih menjimatkan kilometer, mesra alam dan mematuhi ‘Euro Standard’ mampu cecah 200km dengan sekali isian pada 4.2 liter
Paparan LCD yang terkini dengan odometer, trip meter, dan petunjuk paras bahan api dan bateri, yang jelas dan terang serta mampu memberitahu jadual berkala penukaran minyak enjin secara automatik pada setiap 2000km.
Tempat duduk terpisah antara penunggang dan pembonceng yang pertama di Malaysia, lebih selesa dan selamat

16. Ciri-ciri istimewa VTS200
Ruang simpan di bawah tempat duduk yang cukup besar (45Liter) bagi menyimpan dua helmet (fullface).
Neo Socket . Mudah untuk mengecas bateri gadjet/hp sepanjang perjalanan.
Kapasiti tangki 12.7 liter, amat pratikal untuk perjalanan jauh serta amat menjimatkan bahan api.
Daya pecutan yang amat baik dan juga kelajuan yang mampu mencecah antara 130 ke 145km/h.
Kemampuan dijalanan amat mudah dikendalikan jika dibanding dengan model seangkatannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s