MFORCE BIKE HOLDINGS – PENGEDAR BENELLI BARU DI MALAYSIA

Picture courtesy of Cycle World Malaysia

Benelli, mengumumkan baru-baru ini bahawa syarikat tersebut dengan rasminya telah melantik Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. sebagai pengedar baharu untuk motosikal Benelli di Malaysia mulai 1 Februari 2017. Jesteru perlantikan tersebut, Mforce Bike Holdings akan memasang, mengedar, dan membekalkan perkhidmatan selepas jualan termasuk alat ganti bagi produk Benelli di Malaysia.
En. Asri Ahmad, Pengurus Jualan Nasional Mforce Bike Holdings, menegaskan, semua pemilik Benelli akan terus menikmati faedah dan perkhidmatan tambahan yang dibekalkan oleh syarikat. Sebagai tambahan, semua Pusat Servis Mforce di Malaysia akan memberikan sokongan perkhidmatan selepas jualan bermula dari bulan Mac kepada semua motosikal Benelli yang terjual sebelum ini.
Mforce Bike Holdings telah merancang untuk meningkatkan variasi model-model Benelli di Malaysia. Sebagai permulaan produk-produk seperti Leoncino 500, 302R, TRK 502 dan lain-lain sedang diberi perhatian serius oleh syarikat. Selain dari motosikal berkuasa tinggi, Mforce Bike Holdings akan memperkenalkan buat pertamakalinya moped Benelli dalam bulan April 2017 nanti. Enjin 150cc yang baru tersebut mematuhi tahap piawaian “EURO STANDARD”, dilengkapi dengan ciri-ciri utama seperti suntikan bahan-api, gear 6 kelajuan dan sistem penyejukan air. Enjin ini telah diuji secara menyeluruh sejauh 20,000km semestinya mencapai tahap yang diingini oleh pelanggan di Malaysia untuk sebuah ‘super-moped’.
Pihak Mforce Bike Holdings telahpun menyediakan peruntukan yang besar untuk promosi produk. Acara promosi, pameran motosikal dan alatan pemasaran telah dirancang dan akan dilaksanakan dengan sewajarnya bagi memastikan jenama Benelli lebih diketahui umum di Malaysia. Kami juga berharap kelab-kelab motosikal Benelli dapat menghubungi ibupejabat di talian 04 -554 1777 (Paul) untuk pendaftaran supaya pihak Mforce boleh berkomunikasi untuk segala aktiviti yang bakal diadakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s