GIVI SAMBUNG TAJAAN YUZY RACING UNTUK TAHUN KELIMA

Pengeluar aksesori motosikal yang cukup popular di serata dunia, GIVI, telah melanjutkan penajaan Yuzy Racing Team untuk kejohanan Petronas Malaysian Cub Prix dan Asia Road Racing Championship bagi tahun 2017.

yuzy-racing-team-2017

Ini merupakan tahun kelima berturut-turut sejak 2012, GIVI telah menjadi penaja utama bagi pasukan diketuai oleh bekas pelumba tersohor negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.

“Tahun 2017 ini merupakan detik penting dalam Cub Prix di mana jentera 150cc dijadikan sebagai tarikan utama di kategori paling tinggi iaitu CP150 bagi menggantikan CP130. Justeru, minat daripada kalangan peminat sukan permotoran sangat tinggi’, kata Yuzy. Beliau menambah,” Penajaan GIVI untuk tahun kelima berturut-turut ini sangat bermakna kerana jenama antarabangsa ini terus percaya untuk bersama kami didalam rancangan penjenamaan mereka di Malaysia malah rantau Asia. Untuk tahun ini juga kami akan memakai Helmet GIVI Carbon Fibre HPS40.5 yang diadaptasi untuk kegunaan perlumbaan. Yang menariknya ialah corak grafik ini merupakan yang diguna oleh saya ketika menjadi pelumba di kejohanan GP dunia dari tahun 1996-2002”.

Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn Bhd, On Hai Swee berkata, “Kami sangat berbesar hati untuk kembali menaja Yuzy Racing Team. Bukan itu saja, malah kami juga akan turut serta bersama-sama di tapak promosi Cub Prix untuk beberapa siri. Dengan penambahan jumlah barangan GIVI, kami akan terus mendekati pengguna, meningkatkan pemasaran dan jualan terutama di luar lembah Klang. Juga di dalam perancangan kami ialah Helmet Edisi Khas Yuzy Racing bagi seluruh peminat sukan permotoran khususnya dan penunggang motorsikal umumnya”.

Kejohanan 10 pusingan Cub Prix akan bermula di Temerloh, Pahang pada 4-5 Mac dan berakhir di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 18-19 November.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s