BMW Motorrad Malaysia Perkenal ‘Tourer’ Mewah K 1600 GT Terbaru.

BMW Motorrad Malaysia: Press Release

BMW Motorrad Malaysia hari ini memperkenalkan motosikal mewah dan berkuasa yang dihasilkan sepenuhnya sebagai sebuah jentera tourer.

BMW 2

Antara penambahbaikan baru merangkumi kedudukan perehat kaki, tempat duduk dan posisi bar hendal – semua ini menyumbang kepada posisi duduk yang lebih aktif. Pada masa sama mengekalkan tahap keselesaan yang tiada tandingan.

Ketika memperkenalkan motosikal baharu itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Enjin enam silinder sebaris telah menjadi satu bahagian penting dalam sejarah dan identiti jenama BMW selama lebih 100 tahun sejak terciptanya enjin pesawat terbang BMW IIIa. BMW Motorrad dilihat berjaya memindahkan tradisi ini ke dalam industri motosikal premium menerusi BMW K 1600 GT yang dilengkapi enjin enam silinder sebaris paling ringan dan kompak untuk motosikal berkapasiti lebih 1,000 sentimeter kubik.”

BMW 10

Kepakaran enjin terbaik dengan enam silinder.

Dibekalkan dengan enjin enam silinder sebaris paling kompak dalam siri produksi motosikal setakat ini, BMW K 1600 GT baharu jelas menyerlahkan kepakaran BMW Motorrad dalam bidang kejuruteraan automotif. Enjin ini menjamin aspek tujahan kuasa, tawaran tork tinggi dan tunggangan yang lancar. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 118 kW (160 hp) pada 7,750rpm dan tork maksimum 175Nm pada 5,250rpm, paling tinggi dalam kelasnya.

Dengan berat 102.6kg, enjin enam silinder pada motosikal premium itu juga mengekalkan kedudukannya selaku enjin siri produksi enam silinder paling ringan untuk motosikal melebihi 1,000cc. Bukan itu sahaja, ruang silider yang sangat sempit membuatkannya lebih kecil berbanding enjin enam silinder sebaris lain. Hasilnya, enjin itu lebih kompak dan menjanjikan pengendalian yang dinamik.

Prestasi yang mematuhi piawaian Euro-4 dan pemetaan enjin baru.

Direka untuk memenuhi piawaian pencemaran EU4, BMW K 1600 GT hadir dengan pemetaan enjin yang baru, satu sistem bahan api dengan tabung karbon untuk ventilasi tangki minyak dan satu sistem ekzos bersama pengubah bermangkin (catalytic converter) yang telah diubah suai. Sebagai tambahan, rekaan tetulang horizontal pada bahagian hujung enjin ini menyerlahkan lagi sisi enam silindernya.

Pengendalian mudah dengan ciri Reverse Assist baharu.

Dalamusaha berterusan BMW Motorrad untuk menaikkan standard tunggangan motosikal, BMW K 1600 GT dilengkapi dengan fungsi Reverse Assist yang menawarkan bantuan ketika hendak mengundur. Cuma perlu tekan satu butang pada sebelah kiri bar hendal, Reverse Assist akan menyahaktifkan gear hadapan dan mengaktifkan gear undur. Pergerakan mengundur terhasil daripada kuasa dorongan satu shaft yang boleh dibengkok dan digerak apabila penunggang menekan butang penghidup enjin.

BMW 4

Tiga mode tunggangan dan Dynamic Traction Control (DTC) untuk keselamatan maksimum ketika memecut.

BMW K 1600 GT baharu menawarkan tiga mode tunggangan sebagai standard – “Rain”, “Road”, dan “Dynamic” – ia boleh diaktifkan secara langsung dengan hanya menekan butang yang diletakkan secara strategik di sebelah kanan bar hendal. Sekali gus membolehkan penunggang mengadaptasikan motosikal ini dengan pelbagai keperluan tunggangan dan kondisi yang berbeza. Ini termasuklah semasa melalui lebuh raya, menunggang di atas permukaan jalan yang licin serta untuk tunggangan lebih sporty dan dinamik. Bagi memaksimum aspek keselamatan, setiap mode ini digabungkan dengan Dynamic Traction Control (DTC) yang berfungsi meningkatkan aspek ketepatan ciri kawalan cengkamannya.

 

Ciri Shift Assistant Pro untuk memudahkan proses menurun atau menaikkan kedudukan gear. 

Kini dilengkapi sistem Shift Assistant Pro, BMW K 1600 GT baharu membolehkan penunggang menaik atau menurunkan kedudukan gear tanpa perlu melibatkan klac atau injap pendikit dalam julat beban serta kelajuan enjin tertentu. Memandangkan kebanyakan urusan penukaran gear itu boleh dilakukan menerusi Shift Assistant Pro, ia bukan sahaja dapat meningkatkan keselesaan penunggang, malah menyerlahkan prestasi dinamiknya. Dengan Shift Assistant Pro, tempoh penukaran gear dapat dikurangkan secara signifikan berbanding menggunakan klac. Injap pendikit juga tidak perlu lagi ditutup ketika gear ditukar kerana ia menggunakan cengkaman pendikit ketika memecut. Hasilnya, kuasa tujahan dapat diperoleh secara serta-merta tanpa sebarang gangguan tork. Pada masa yang sama, kelajuan enjin juga diubah secara automatik melalui operasi nyahcekam berkembar (double-declutching) ketika motosikal diperlahankan dan gear diturunkan (injap pendikit ditutup).

 

Walaupun Shift Assistant Pro boleh menyokong semua bentuk penukaran gear, namun, tidak ada sokongan penukaran ketika klac diaktifkan, terutama apabila kedudukan gear dinaikkan dengan cengkaman pendikit ditutup atau ketika motosikal diperlahankan.

Suspensi electronik Dynamic ESA dengan adaptasi redaman automatik sebagai ciri standard.

Dilengkapi dengan Dynamic Electronic Suspension Adaptation (ESA) bersama penukaran talaan “Road” dan “Dynamic”,  motosikal baharu ini menjanjikan kualiti tunggangan yang selesa dan lebih baik berbanding model sebelumnya. Dalam mode “Road”, adaptasi peredam adalah automatik sepenuhnya untuk memberi keselesaan maksimum serta cengkaman di atas apa jua bentuk permukaan jalan raya. Hasilnya adalah kuasa redaman yang optimum untuk semua kondisi tunggangan tanpa mengira beban yang dibawa. Manakala talaan “Dynamic” pula mengaktifkan set-up peredam yang lebih keras.

 

Keselesaan redaman yang luar biasa ini digabungkan dengan maklum balas tunggangan stabil yang memastikan ketepatan peredam khas untuk BMW K 1600 GT. Menggunakan parameter sebelum ini, kondisi tunggangan yang berbeza boleh dikenal pasti bagi mendapatkan kuasa redaman yang diperlukan. Perubahan kuasa redaman pada topang gegelung hadapan dan belakang dilakukan secara serta-merta bagi menawarkan kelesesaan yang tiada tandingan walaupun pada posisi mengambil selekoh.

 

Lebih selesa dan selamat dengan sistem ‘Keyless Ride’ serta ‘Hill Start Control’.

Para penunggang kini boleh menghidupkan enjin BMW K 1600 GT dengan hanya menekan butang atau melalui satu transponder sebagai sistem sandaran. Melalui transponder tersebut, motosikal boleh dihidupkan atau dibuka kuncinya tanpa perlu memasukkan kunci untuk memberi lebih kemudahan.

Sebagai tambahan, ciri Hill Start Control memudahkan tunggangan ketika menaiki laluan yang curam. Ciri baru ini membantu mengekalkan tujahan kuasa untuk mendaki, biarpun apabila penunggang melepaskan tuil brek.

Konsep warna unik untuk menyerlahkan ethos yang tersendiri.

BMW K 1600 GT baharu membolehkan penungang berkongsi ethos selaku jentera yang aktif dan dinamik menerusi pilihan skim warna yang baru. Warna hitam metalik (Black Storm Metallic) dan merah metalik (Mars Red Metallic) menyerlahkan komponen-komponen teknikal serta karekter lincah motosikal ini.

Manakala warna biru metalik (Lupine Blue Metallic) dengan enjin diwarnakan hitam pula membuktikan keupayaan dinamik BMW K 1600 GT baharu. Imej sebuah jentera touring yang dinamik dilengkapkan lagi dengan angkup brek berwarna emas dan cermin penghadang angin sport yang lebih kecil.

Harga cadangan BMW K 1600 GT baharu dengan GST (tidak termasuk caj-caj di atas jalan) ialah RM159, 900.00.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s