MAJU MOTOR PILIH AKID DAN HAZIQ BERSAING DI ARRC

Pasukan Uma Racing Yamaha Maju Motor memilih dua pelumba muda bagi menghadapi saingan kelas Underbone 150cc dalam siri Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan membuka tirai pada 31 Mac hingga 2 April ini di Litar Johor, Pasir Gudang, Johor.

Pasukan yang kini mendominasi siri perlumbaan tempatan meletakkan dua pelumba muda berbakat iaitu juara CP115 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2016 berusia 19 tahun, Mohd Akid Aziz bersama gandingannya, Mohd Haziq Mohd Fairues yang berjaya meraih dua podium pada saingan Underbone 130cc ARRC 2016.

“Akid dan Haziq mempamerkan prestasi di luar jangkaan kami dan ini merupakan masa sesuai untuk mendedahkan mereka dengan siri Kejuaraan Asia. Meskipun perlumbaan menggunakan jentera 150cc, namun kami fikir ia merupakan satu pendedahan berguna untuk karier mereka,” jelas pemilik pasukan Maju Motor, Yong Ying Hoe.

“Kedua-dua pelumba ini bersaing dalam kategori CP115 di Kejuaraan Cub Prix, jadi kemungkinan mereka memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri apabila beralih menggunakan jentera 150cc. Sewaktu ujian pra musim rasmi di Pasir Gudang, mereka ketinggalan satu saat di belakang pelumba terpantas namun kami yakin kedua-dua pelumba ini akan menimba pengalaman dan pendedahan terbaik apabila berhadapan dengan pelumba lain di pentas Asia terutama kepada Akid yang dipilih oleh Hong Leong Yamaha untuk menyertai Kem Master VR46 milik juara dunia, Valentino Rossi pada tahun ini.”

Saksikan aksi pelumba-pelumba Malaysia di Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Johor, Pasir Gudang, hujung minggu ini. Masuk adalah percuma.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s