AKID JADI TUMPUAN PENCABAR UB150CC ARRC

Nama pelumba muda Malaysia, Mohd Akid Aziz dijangka akan menjadi tumpuan menjelang perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 13 hingga 15 April ini.


Meskipun tidak diletakkan sasaran tinggi, pelumba rookie dari pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor berusia 19 tahun itu kini mendahului kategori Underbone 150cc dengan mengumpul 45 mata setelah muncul juara pada Perlumbaan 2 di Litar Johor dan muncul naib juara pada Perlumbaan 1, malah ketika ini turut mendahului kedudukan pelumba kategori CP115 di dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017.
“Persaingan di peringkat serantau ini sangat sengit, jadi selalunya pasukan akan memilih gandingan pelumba berpengalaman untuk digandingkan bersama pelumba muda sebaliknya kami menyenaraikan dua pelumba belasan tahun. Namun Akid membalas kepercayaan dengan menghadiahkan podium berganda di Litar Johor, dua minggu lalu. Dia mempamer aksi matang dan bertenaga, tidak menunjukkan seperti pertama kali beraksi menentang pelumba handalan Indonesia,” jelas pengurus pasukan, Yong Ying Hoe.
Malah, nama pelumba itu kini diberitakan bakal mengikut jejak seorang lagi pelumba muda negara, Kasma Daniel Kasmayudin untuk menyertai Kem Master VR46 Yamaha di Itali pada tahun ini, namun masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak Hong Leong Yamaha.

Walaupun latihan bersama pelumba handalan di Eropah mampu meningkatkan lagi prestasi Akid, buat masa ini Yong mahukan anak didiknya itu memberi sepenuh tumpuan terhadap perlumbaan yang akan dihadapi ketika ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s