Meriah, KTM Fun Enduro di Sg Buaya.

IMG_6641

Pada 14hb Mei, bandar Sg. Buaya, Rawang yang biasanya sepi telah menjadi riuh. Sg. Buaya telah digemparkan oleh bunyi jentera motocross dan enduro di pinggir pekan tersebut.

Litar motocross dan enduro yang semakin popular in adalah hasil kerja juara motocross dan FIM Asia Supermoto Championship, Gabit Saleh. Anak kelahiran Sg. Buaya in telah banyak mengharumkan nama negara di persada sukan pemotoran antarabangsa.

IMG_7101

Gabit yang kini merupakan seorang atlet motorsport negara kini bertugas di Eurotech Wheel Distributor, pengimport dan pengedar motosikal KTM di Malaysia. Fun Enduro Sg. Buaya ini adalah hasil kerjasama Gabit Saleh, KTM Motorcycle Malaysia dan juga golongan peminat sukan motocross and enduro termasuk warga Sg. Buaya sendiri.

Litar enduro Sg. Buaya ini terletak tidak jauh dari kediaman Gabit Saleh dan Gabit bersama-sama sekumpulan rakan-rakan telah bertungkus-lumus mereka-bentuk litar ini serta berjaya membina struktur trek tersebut dalam masa seminggu sahaja. Antara yang terlibat di dalam pembinaan trek tersebut adalah peneraju sukan Trial Riding di Malaysia iaitu saudara Acoi Pangkolo. Acoi yang mengalami kecederaan lutut beberapa bulan lepas dilihat berlatih di sekitar litar buat pertama kali sejak dua bulan yang lepas.

Pada hari Ahad tersebut kenderaan pacuan empat roda dan lori telah berpusu-pusu masuk ke Bandar Sg. Buaya, masing-masing membawa motosikal- motosikal enduro untuk menyertai acara Fun Enduro tersebut.

Lebih seratus peserta telah berdaftar sebelum hari Ahad tersebut dan pihak panganjur membuat keputusan untuk menutup penyertaan awal pagi itu. Namun ada lagi perserta yang datang pada pagi tersebut dan meminta supaya mereka dibenarkan untuk mendaftarkan diri.

Pihak KTM telah memberi sedikit kelonggaran dan memadatkan beberapa kategori utama dan kami dimaklumkan bahawa seramai 140 pelumba berjaya mangambil bahagian pada hari itu. Ini merupakan faktor yang akan membuka jalan bagi acara-acara sebegini di masa depan.

Litar enduro Sg. Buaya hari Ahad itu cukup mencabar dengan pelbagai rintangan dan halangan sepanjang 2.2km. Antara yang menarik adalah, water crossing, log crossing, boulder trap, tiga table top, rhythm section, whoops dan juga uphill dan downhill bukit yang melalui pinggir hutan simpan Sg. Buaya. Hujan pada malam sebelum perlumbaan telah menjadikan beberapa sektor litar mendap dan bahagian water crossing menjadi lebih dalam. Ini tidak menjadi masalah kepada peserta, malah mereka lebih gemar keadaan sebegitu.

Pemenang perlumbaan enduro ini ditentukan oleh jarak lumba didalam masa yang ditetapkan. Kategori Cub-Cross dijalankan selama 30 minit manakala kategori Open Expert pula selama sejam. Cuaca yang cukup panas pada hari itu manjadi satu lagi cabaran kepada pelumba-pelumba.

Ketahanan fizikal dan mental teruji apabila pelumba-pelumba mula menjadi penat separuh kedua perlumbaan. Jatuh dan bangkit semula menjadi satu kebiasaaan dalam sukan ini namun apabila jatuh dan bangkit berkali-kali selama sejam berterusan, motor yang ringan pun akan terasa seperti setengah tan. Tambahan pula lompatan dan imbangan badan pada keseluruhan jarak trek ini yang memakan daya tumpuan dan tenaga para peserta.

Walau  bagaimanapun hampir kesemua peserta telah berpuas hati dengan trek dan gerak kerja pihak pengajur. Para penonton pula cukup terhibur dangan segala aksi-aksi hebat yang dipamerkan oleh pelumba-pelumba di antara kategori Cub-Cross sehingga Open Expert.

Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada pihak KTM dan saudara Gabit Saleh kerana berjaya manganjurkan sebuah acara untuk mancungkil bakat pelumba off-road tempatan dan juga suatu hiburan yang sihat untuk seisi keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s