Promosi Travel Pack – KTM 1050 Adventure.

  • Pakej bernilai lebih RM12,000 kini hanya RM3,000

  • Skema warna baru yang menarik

  • Khas untuk pembelian KTM 1050 Adventure baharu

IMG_0891

Memang geram setiap kali saya melihat KTM 1050 Adventure. Tahun lepas apabila diberi peluang untuk menunggang uji 1050 Adventure ini saya terus membuat keputusan untuk terus ke Koh Lanta. Langsung tidak khuatir akan prestasi mahupun tahap keselesaan 1050 Adventure ini.

Ringan, cukup berkuasa, mudah dikendali dan sangat selesa. Boleh dikatakan motosikal ADV yang serba lengkap untuk ditunggang setiap hari ataupun untuk kembara jauh.

Namun ada juga beberapa ciri-ciri yang masih boleh diperbaiki lagi, antara perkara yang sering menjadi sebutan ramai ialah skema warna KTM 1050 Adventure ini, kombinasi hitam dan oren asal 1050 Adventure dikatakan kurang menarik.

Satu lagi ciri yang menjadi masalah ialah kotak sisi Trekker (aksesori tambahan) yang terpaksa dicantum pada braket yang tidak seimbang demi memberikan ruang kepada ekzos di sebelah kanan. Ini menjadikan kotak sisi tersebut terlajak sedikit dan sering menjadi penghalang semasa melalui jalanraya yang sesak.

Kalau kita terlupa akan keluasan kotak tersebut boleh membawa bahaya. Kotak tersebut boleh tersangkut pada kenderaan di sebelah kiri, kanan atau kedua-duanya sekali khususnya semasa kesesakkan trafik. Satu lagi masalah yang sebabkan kotak sisi yang terdahulu ialah ‘wobble’ semasa menunggang pada kelajuan yang tinggi di lebuhraya.

Pihak KTM Malaysia telah mengambil kira faktor-faktor ini dan telah melancarkan Travel Pack untuk model 1050 Adventure. Berikut adalah antara kandungan menarik Travel Pack tersebut:

1. Skema Warna Baru – Corak ala-ala 1290 Adventure R membuatkan 1050 ini nampak lebih gagah dan sporty.


2. Engine Guard – Berwarna Oren ataupun Hitam.

IMG_0897
3. Touring Case & Floating Bracket baru – Set kotak sisi ini direka khas untuk memuatkan kotak sisi tersebut mengikut bentuk ekzos dan floating bracket tesebut akan mengelakkan motosikal menjadi kurang stabil semasa ditunggang laju.


4. Progressive Handle Bar Damper – Untuk meningkatkan tahap kestabilan handle.
5. Sticker WP – Untuk suspensi hadapan


6. Lampu LED Blinker Kit
7. Windscreen Rendah EU – Yang ini nampak lebih sporty tapi kami lebih minat yang tinggi


8. Side mirror sporty


9. Rim sticker set – ditampal pada sisi rim.

Jika dibeli berasingan kesemua barangan di atas bernilai lebih daripada RM12,000 tetapi harga pakej Travel Pack adalah hanya RM3000.00. Harga pasaran KTM 1050 Adventure adalah RM68,888 dan kini jika ditambah dengan pakej Travel Pack ia akan mencecah RM71,888.00.

Jumlah unit KTM 1050 Adventure baharu buat masa ini adalah terhad. Jadi apa tunggu lagi? Terus hubungi pengedar motosikal KTM berhampiran anda.

Nota: Kotak sisi, Handle Damper dan Side Mirror masih belum dipasang pada motosikal KTM 1050 Adventure di dalam gambar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s