GIVI POINT JOHOR BAHRU KINI DIBUKA

Pengeluar aksesori terkenal dan berkualiti dari Itali telah merasmikan pembukaan kedai GIVI Point bertempat di Jalan Tampoi pada 19 Januari 2018. Kedai rasmi GIVI ini merupakan yang ketiga selepas GIVI Point Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

_MG_7384

Perasmian di sempurnakan oleh Pengarah Operasi Internasional GIVI, Joseph Perucca bersama Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee. Menyedari bahawa Johor merupakan salah satu pasaran penting bagi GIVI di Malaysia, GIVI mengambil langkah untuk menambah pelaburan dengan membuka kedai yang dapat menempatkan semua produk rasmi GIVI beserta sekaligus dapat melakukan servis pemasangan aksesori secara percuma.

_MG_7597

“Sebenarnya kami mendapat banyak permintaan untuk pembukaan kedai rasmi GIVI Point dari negeri-negeri lain namun kami harus memberi perhatian kepada pasaran yang besar dahulu seperti Johor ini. Pada masa depan, pasti kami akan menambah cawangan GIVI Point ke seluruh negara sesuai dengan permintaan itu”, kata Hai Swee.

_MG_7609

Joseph Perucca menambah,” Ibu pejabat GIVI di Itali sangat berpuashati dengan pengukuhan pasaran barangan kami di Asia, khususnya di Malaysia ini. Kami memberi sepenuh sokongan kepada pasaran di sini kerana ia merupakan salah satu pasaran terbesar di dunia, banyak jenama-jenama terkenal motorsikal dunia juga memandang Asia dan Malaysia sebagai lokasi penting untuk pengembangan jenama dan jualan”.

IMG_7705

Di acara sama penyampaian hadiah untuk peraduan GIVI Cielo Yuzy Racing diadakan. Pemenang hadiah utama iaitu En Nazeri bin Mohd Isa berjaya membawa pulang sebuah motorsikal Honda RS150R Versi Cub Prix. Hadiah kedua di menangi oleh Mohd Aliff Hakeem iaitu sebuah helmet fullface carbon fibre versi Yuzy Racing dan hadiah ketiga di menangi oleh Muhamad Herise & Eyzhamsahfiq yang akan menikmati makan malam bersama pasukan Yuzy Racing. Hadiah disampaikan oleh bekas pelumba dunia, Shahrol Yuzy sendiri. Peraduan berkenaan terbuka kepada pembeli helmet versi terhad Yuzy Racing yang diadakan pada tahun lalu.

 

Juga di perkenalkan buat pertama kali di acara ini, lampu brek ketiga yang dipadankan dengan tapak plet(baseplate) untuk boks penyimpan GIVI. Ini adalah salah satu penambahbaikan ciri keselematan yang dianjurkan oleh pihak GIVI. Sempena promosi pembukaan,brek ketiga ini akan diberi secara percuma kepada pembeli boks baru di GIVI Point Johor Bahru selama sebulan sehingga 19 Februari 2018.

GIVI Point Johor Bahru bertempat di No 39, Jalan Tampoi Susur 1, 81200, Johor Bahru dan beroperasi pada Isnin – Sabtu 10am – 7pm kecuali Ahad dan cuti umum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s